Monday, August 1, 2011

Kawal Harga Anak, Makanan Ayam – Penternak

Persatuan Penternak Negeri Terengganu (PPNT) semalam merayu kerajaan supaya mengawal harga anak ayam dan harga makanan ayam dari terus meningkat.

Ahli Jawatankuasa PPNT, Shamsuddin Wahab berkata, ini kerana kenaikan harga anak ayam dan juga harga makanan ayam memberi kesan kepada penternak, lebih-lebih lagi penternak kecil.

"Ini belum lagi risiko ayam mati, ayam kena penyakit dan sebagainya yang harus ditanggung oleh penternak,” katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Shamsuddin berkata, harga anak ayam sekarang ini meningkat kepada RM2.40 seekor berbanding RM1.40 seekor sebelum ini, manakala makanan ayam pula naik daripada RM70 kepada RM80 satu kampit.

Beliau berkata, sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan, penternak-penternak di Terengganu meningkatkan kemasukan ayam ke ladang-ladang lebih dari biasa.

No comments:

Post a Comment