Contoh kemenangan semula Barisan Nasional (BN) di Terengganu pada pilihan raya umum 2004 menjadi azam Pergerakan Puteri Umno untuk berusaha memenangi semula negeri-negeri yang kini dikawal pembangkang.
Puteri UMNO menegaskan azam itu menjadi keutamaan sayap Umno itu ketika ini.
Ia juga berazam mahu bersama-sama anggota UMNO dan BN yang lain mahu merampas negeri yang diperintah pembangkang terutama di Kedah.
Naib Ketuanya, Shahanim Mohd Yusof berkata semalam pergerakan itu melihat pengaruh golongan muda pada lanskap politik negara dan negeri amat penting.
Bagaimanapun pergerakan itu sama sekali tidak mengejar untuk disandarkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang sebaliknya mahu bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN.
Beliau berkata hak memutuskan siapa untuk menjadi calon adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih mengetahui siapa yang berhak untuk dicalonkan demi memastikan kemenangan BN itu.
"Bagi Puteri soal mahu menjadi calon (pada pilihan raya umum) langsung tidak timbul sebaliknya keutamaan kami mahu memastikan BN menang terutama di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.
"Puteri tidak minta apa-apa pun kerana yang penting adalah membuat kerja terutama mencari seberapa ramai golongan muda mendaftar sebagai pemilih baru," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemberian Zakat Kepada Saudara Baru dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan Somalia di Kota Bharu, malam kelmarin.
Shahanim berkata bagaimanapun jika ada anggota pergerakan itu yang dicalonkan, mereka akan menerima dan akan bekerja keras demi memastikan kemenangan BN.
Shahanim berkata ketika ini pergerakan itu giat untuk mendaftar seberapa ramai pemilih baru dan juga anggota baru pergerakan tersebut.
No comments:
Post a Comment