Saturday, August 27, 2011

Tanah Orang Asli - Dakwaan Presiden Majlis Peguam Tak Benar

Dakwaan kononnya kerajaan tidak mendapatkan pandangan masyarakat Orang Asli berhubung Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli adalah tidak benar sama sekali.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hassan Malek berkata, pihaknya telah bertemu beberapa jabatan dan agensi kerajaan serta kerajaan negeri seperti Terengganu, Johor, Negeri Sembilan dan Perak bagi mendapatkan maklumat untuk dasar berkenaan.

"Sejak tahun 2000 lagi kerajaan telah berusaha mengumpul data, mendapatkan pandangan daripada masyarakat Orang Asli sama ada melalui badan bukan kerajaan (NGO) atau Persatuan Orang Asli,” katanya.

Beliau menyatakannya ketika menghadiri majlis Ihya Ramadan peringkat Negeri Sembilan dan Melaka, semalam.

No comments:

Post a Comment