Monday, August 22, 2011

Kokitab Berhad Bayar Zakat Perniagaan RM59,794,13

Datuk Senara Muda, Datuk Mazlan (dua dari kanan) menerima zakat daripada wakil kokitab Encik Khazali (kanan).

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (Kokitab) Berhad di Majlis Penyerahan Zakat, pejabat Maidam kelmarin.

Wakil Kokitab, Setiausaha Kehormat Kokitab, Khazali Musa menyerahkan sejumlah RM59,794,13 kepada Yang Dipertua Maidam, Datuk Senara Muda, Datuk Mazlan Hashim.

Sementara itu Khazali berkata, pihaknya berusaha mempelbagaikan projek pembangunan semata-mata untuk meningkatkan keuntungan dan menaiktaraf ekonomi koperasi pada setiap tahun.

Katanya, sebanyak 13 unit rumah kedai dua tingkat, di Bandar Permaisuri, Setiu sudah siap dibina dan kini dalam proses jualan untuk ahli Kokitab dan pihak luar. Projek itu diusahakan awal 2009 dengan nilaian lebih RM2.8 juta.

“Manakala projek hartanah seluas 1.5 hektar yang dipecahkan kepada 24 lot di Kampung Bukit Kemudu, Pemaisuri, turut dalam proses jualan dengan menawarkan harga antara RM20,000 hingga RM24,000 setiap lot.

“Pihak kami sentiasa memberi keutamaan kepada ahli kokitab terlebih untuk berurusniaga sama ada berkaitan rumah kedai, rumah kediaman atau hartanah sebelum dibuka untuk orang ramai sekiranya kurang mendapat sambutan dikalangan ahli itu sendiri,” katanya selepas majlis itu.

Katanya, kokitab mempunyai kira-kira 10,000 ahli berdaftar dan kebanyakan mereka aktif mempunyai pelbagai jenis pinjaman.

“Penjawat awam yang baru diterima bekerja digalakkan menjadi ahli kokitab kerana pelbagai kemudahan disediakan termasuk pinjaman kecemasan tanpa faedah sebanyak RM3,000,” katanya.

Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment