Bapa merek

Bagaimanapun katanya, adik kepada Maleha, Maizatul Akmal, 22, masih koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital yang sama.
"Laporan polis masih belum dibuat kerana kita nak tunggu dulu cerita dari Maleha. Sekarang dia masih lemah dan doktor nasihatkan dia supaya tidak banyak bercakap,” kata Malik kepada pemberita di hospital berkenaan.
Kejadian ragut tersebut berlaku apabila kedua-dua beradik itu yang bermotosikal dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Kompleks Sri Iman dekat Kuala Terengganu untuk mengambil Wang Dana Bakti Remaja telah diragut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi kelmarin itu, dua beradik itu dipercayai bertindak nekad mengejar peragut yang melarikan beg tangan mereka, namun motosikal mereka bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan di Jalan Kamaruddin di Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment