Thursday, August 18, 2011

Najib Seru Rakyat Islam Hayati Al-Quran Guna Aplikasi Telefon Pintar

Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia beragama Islam supaya menghayati kandungan Kitab Suci Al-Qur'an yang kini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar.

Perdana Menteri berkata demikian dalam kemaskini status Facebooknya semalam sempena Nuzul Qur'an yang jatuhnya pada setiap hari ke-17 bulan Ramadan.

Umat Islam di Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu hari ini bercuti umum menyambut peristiwa agung dalam sejarah Islam iaitu hari turunnya Al-Quran.

Menurut beliau, Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga boleh menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.

"Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.

"Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran," katanya.

No comments:

Post a Comment