Wednesday, August 24, 2011

Pasar Komuniti Akan Dibina Di Kerteh - Noh Omar

Sebanyak dua puluh pasar komuniti bernilai RM80 juta akan dibangunkan di seluruh negara mulai tahun ini bagi mengalakkan rakyat Malaysia berkecimpung dalam bidang perniagaan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Dibangunkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), setiap bangunan pasar komuniti itu akan dibina di tapak seluas 0.8 hektar dengan kos RM4 juta dan ia bakal menempatkan peniaga pasar tani serta pasar malam, selain berfungsi sebagai pasar larut malam, katanya.

Beliau berkata setakat ini, enam tender dikeluarkan untuk lokasi di Jengka (Pahang), Kota Belud (Sabah), Puchong (Selangor), Kuala Kedah dan Simpang Empat Sanglang (Kedah) serta Kerteh (Terengganu).

Lima lagi tender bagi pasar komuniti akan dikeluarkan FAMA selepas Aidil Fitri, kata Noh, yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang, pada majlis ramah mesra Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan FAMA.

Beliau berkata tender bagi pembinaan pasar komuniti agak lambat dikeluarkan ekoran proses mengenal pasti tapak yang sesuai mengambil sedikit masa.

"Jika segalanya berjalan lancar, ada di antara pasar komuniti yang telah dikeluarkan tender itu akan beroperasi hujung tahun ini," katanya.

No comments:

Post a Comment