Persatuan Penternak Terengganu (PPT) bimbang ramai penternak ayam di Terengganu, khususnya penternak kecil-kecilan akan gulung tikar kerana harga siling ayam.
Setiausaha Shamsudin Wahab berkata ini kerana penternak di Terengganu tidak dapat bertahan dengan harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan dan berharap kerajaan akan mengkaji semula harga itu.
"Kerajaan keluar harga siling ayam standard (ayam ada kaki, kepala dan hati) harga borong RM6.35 satu kilogram (kg) dan ayam yang sama harga runcit RM7.20 satu kg," katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu.
Shamsudin berkata penternak-penternak ayam di negeri itu terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi termasuk membeli anak ayam untuk persediaan menghadapi musim perayaan dengan harga RM2.20 seekor berbanding harga sebelum musim perayaan RM1.10 dan RM1.20 seekor.
"Ini tidak termasuk harga makanan ayam yang sering meningkat dari masa ke semasa," katanya.
Beliau berkata selama ini penternak-penternak terutamnya penternak kecil-kecilan dapat bertahan kerana ada subsidi daripada kerajaan.
Tambahan pula, Shamsudin mendakwa sekarang ini Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menjual ayam di pasar-pasar tani dengan harga RM7 satu kg.
No comments:
Post a Comment