Wednesday, August 24, 2011

Pemuda UMNO Bertindak Pantas Bantu Kanak-Kanak Tanpa Sijil Lahir

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki berkata, selepas menerima aduan berhubung mengenai 4 kanak-kanak tanpa sijil lahir, pihaknya dengan bantuan Biro Aduan Kuala Terengganu bertindak menjalankan siasatan perkara sebenar.

Katanya, pihaknya segera mengunjungi keluarga terbabit dan meminta dokumen perubatan kanak-kanak berkenaan untuk proses pendaftaran, namun sedikit kesukaran berlaku apabila anak ketiga, Mohd Syawal tidak mempunyai sebarang surat sokongan perubatan.

"Jika nak diikutkan, saya mahu menyelesaikan perkara ini sebelum Aidilfitri, tetapi masa tidak mengizinkan kerana perlu menyelesaikan urusan mendapatkan bukti surat sokongan perubatan Mohd Syawal terlebih dulu.

"Saya berjanji akan menyelesaikan masalah empat beradik ini selewat-lewatnya selepas Aidilfitri bagi urusan pendaftaran dan pihak kami juga melakukan perbincangan dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi menyekolahkan kanak-kanak malang ini," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika mengunjungi keluarga terbabit dan menghulurkan sumbangan di rumahnya semalam.

No comments:

Post a Comment