Thursday, August 25, 2011

Perlu Serah Borang Permohonan Dalam Tempoh 3 Bulan

Kerajaan negeri meminta Pejabat Daerah dan Tanah di negeri ini menyerahkan borang permohonan pertukaran syarat tanah kepada Majlis Mesyuarat Ahli-ahli Kerajaan negeri selewat-lewatnya tiga bulan dari tarikh permohonan.

Ia bagi mempercepatkan proses penyelesaian yang menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin dan mahu membuktikan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan benar-benar berfungsi.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata sepanjang tujuh bulan pertama bagi tahun ini , sebanyak 613 permohonan mendapat kelulusan .

Manakala jumlah yang ditolak di atas sebab-sebab tertentu pula mencatatkan 54 permohonan.

“Bagi permohonan tanah haram mencatatkan jumlah lulus sebanyak 344, ditolak (55); rancangan tanah berkelompok (8 lulus) dan tiada tanah jenis itu ditolak,” katanya.

Beliau menyatakannya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, semalam.

Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment