Tuesday, August 16, 2011

Semarak Ramadan di Johor Selepas Melaka, Perak, Sabah dan Terengganu

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat bazar Ramadan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar sempena program Semarak Ramadan Berita Harian-AmIslamic 2011 di Muar, Johor, semalam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menjalankan langkah berterusan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah bagi menangani kos sara hidup yang meningkat.

Beliau berkata usaha itu merupakan fokus utama ketika ini selepas usaha membasmi kemiskinan tegar telah berjaya dilaksanakan kerajaan.

"Kalau mereka (golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah) berpendapatan RM1,000, RM1,500 ataupun RM2,500, mereka perlu membayar sewa rumah, kos pengangkutan dan sebagainya.

"Ada yang ramai anak, jadi pendapatan seperti ini tidak cukup untuk menanggung keluarga," katanya berucap pada majlis Semarak Ramadan AmIslamic Bank-Berita Harian bersama penduduk Kampung Bukit Treh, di Muar semalam.

Program Semarak Ramadan yang bertujuan membantu golongan miskin semalam merupakan lokasi kelima selepas diadakan di Melaka, Perak, Sabah dan Terengganu, mulai awal Ramadan.

Terdahulu, Muhyiddin turut meluangkan masa melawat bazar Ramadan di Dewan Jubli Intan, di Muar.

Timbalan Perdana Menteri berkata usaha membantu golongan itu sudah dibincangkan di peringkat kabinet dan menerusi tinjauan mesra bersama pemimpin tempatan, beliau menerima banyak maklum balas bagi menangani kos kehidupan yang meningkat.

"Harga kos barang meningkat lebih daripada dulu...saya sendiri tinjau ke pasar, tanya pembeli yang datang. Pokoknya, hendak tangani kelompok ini adalah agenda yang besar.

"Kita mahu golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah rasa ada usaha membantu mereka dalam kerajaan melakukan proses transformasi yang besar kepada negara," katanya.

Mengenai pembasmian miskin tegar, Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata program itu mencapai kejayaan luar biasa dan tidak banyak negara lain di dunia mencapai sasaran berkenaan.

"Ini pendekatan yang dibuat kerajaan sebab kita mahu tentukan jangan ada kelompok tersisih dari arus perdana. Sebelum tahun 2010, terdapat 43,000 keluarga di seluruh negara tergolong dalam miskin tegar dan kerajaan sudah memberikan bantuan terus termasuk makanan, latihan, modal, benih tanaman dan sebagainya kepada mereka," katanya.


1 comment:

  1. Apakah Anda seorang pria atau wanita bisnis? Apakah Anda dalam kekacauan keuangan atau apakah Anda memerlukan dana untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk memulai Skala Kecil dan usaha menengah yang baik? Apakah Anda memiliki skor kredit yang rendah dan Anda kesulitan mendapatkan pinjaman modal dari bank lokal dan lembaga keuangan lainnya ?. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui email: BBM INVITE: {D8980E0B}
    WhatsApp Only: {+ 33753893351}
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

       Pinjaman kami diasuransikan dengan baik untuk keamanan maksimum adalah prioritas kami, Tujuan utama kami adalah untuk membantu Anda mendapatkan layanan yang layak Anda dapatkan, Program kami adalah cara tercepat untuk mendapatkan apa yang Anda butuhkan dalam sekejap. Kurangi pembayaran Anda untuk mengurangi beban pada pengeluaran bulanan Anda. Dapatkan fleksibilitas yang dapat Anda gunakan untuk tujuan apa pun mulai dari liburan, pendidikan, hingga pembelian unik. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui email: BBM INVITE: {D8980E0B} WhatsApp Only :: {+ 33753893351}
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

       Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Keuangan Komersial dan Pengembangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Pribadi, Pinjaman Pembiayaan Rumah dengan tingkat bunga rendah sebesar 1,00% per annul untuk perorangan, perusahaan dan badan perusahaan. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Menghubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    WhatsApp Only :: {+ 33753893351}
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    ReplyDelete