Wednesday, August 17, 2011

Terengganu Sasar Peningatan Berganda Pelancong Dari China

Kerajaan negeri Terengganu sedang berusaha menarik kedatangan pelancong terutama dari China dengan menyasarkan peningkatan berganda pada tahun ini berbanding kira-kira 250,000 pengunjung tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Rahin Mohd Said berkata antara inisiatif ialah mewujudkan beberapa lokasi menarik bagi pelancong seperti Pulau Bebas Cukai dan pulau-pulau kecil di sekitar Tasik Kenyir.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Penutupan dan Penyerahan Sijil Kursus 'Act Tourism' di Kuala Terengganu, semalam, Rahin berkata kerajaan negeri akan meneruskan program memancing 'Kenyir Cup' yang dijangka berlangsung pada Disember depan.

"Pihak kami juga ada menyiarkan pengalaman memancing di Tasik Kenyir menerusi siaran televisyen China bagi menarik pengunjung dari negara tersebut ke sini terutamanya pada bulan Disember ini," jelasnya.

No comments:

Post a Comment