Wednesday, August 24, 2011

T'Team Yakin Tumpas Selangor Dalam Pembukaan Piala Malaysia

Pertemuan pembukaan Piala Malaysia bagi kumpulan B antara T'Team dan Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada 6 Sept ini dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan mempertaruhkan barisan pemain berpengalaman.

Jurulatih T'Team Yunus Alif berkata kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang dan strategi permainan tersendiri untuk menghadapui lawan.

"Bagi T'Team, kita telah membuat persediaan yang rapi, termasuk mengenal pasti barisan pemain utama yang akan diturunkan bagi menghadapi kejohanan berprestij ini," katanya semalam.

Beliau berkata T'Team pernah mengalahkan Selangor dua kali dalam pertandingan Liga Super yang lalu dan yakin pasukan itu mampu mengulangi pencapaian itu dalam Piala Malaysia nanti.

Sebagai persediaan, T'Team mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bagi memastikan prestasi pemain berada di tahap yang terbaik.

"Sebelum bercuti raya, T'Team akan mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan iaitu menentang Kelantan di Kota Baharu malam esok diikuti pasukan Terengganu pada Jumaat," kata Yunus.

No comments:

Post a Comment