Wednesday, August 24, 2011

UMNO KT Bantu 4 Beradik Perolehi Sijil Lahir

Ibu kepada empat anak yang tiada sijil lahir semalam melahirkan kegembiraan dengan bantuan Biro Aduan UMNO Terengganu kerana berusaha menyelesaikan masalah yang dialami anak-anaknya.

Ibu kanak-kanak malang itu, Rohani Ngah, 33, berterima kasih kepada Biro Aduan UMNO yang sudi datang membantu keluarganya selepas mendapat maklumat daripada penduduk kampung mengenai perkara itu.

Kini kegembiraan jelas terpancar di wajah empat daripada lima beradik di Kampung Nibong Atas, Panji Alam di Kuala Terengganu, apabila bakal memperoleh sijil kelahiran dan dapat mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak seusia mereka.

Empat beradik itu, Norhidayah, 9; Nordiana, 8, Mohd Alif, 7, dan Mohd Syawal Mohammad Zaki, 5, selama ini hidup tanpa mempunyai surat kelahiran selepas kedua ibu bapa mereka dikatakan tidak mempunyai sijil perkahwinan yang sah.

Rohani berkata dia mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Zaki Othman, 38, di Kuala Lumpur pada 2000 walaupun mendapat tentangan keluarga dan tidak mempunyai sijil nikah.

Katanya, selepas mendirikan rumah tangga dan melahirkan empat cahaya mata, baru dia menyedari kesulitan timbul apabila keempat-empat anaknya tidak dapat didaftarkan untuk mendapat sijil kelahiran.

Bagaimanapun, memandangkan permasalahan ini semakin kusut, dia kemudian bernikah semula pada 2005, bersama suaminya, Mohammad Zaki dan dapat mendaftar kelahiran anak bongsunya Nur Fatihah yang kini berusia tiga tahun untuk mendapatkan sijil kelahiran.

Rohani berkata, lebih malang anak ketiganya yang berusia tujuh tahun tidak mempunyai surat perubatan bagi memudahkannya untuk memohon sijil kelahiran.

No comments:

Post a Comment