adan ini.Pengurus Besarnya Azmi Razik berkata bagi memenuhi hasrat itu, pihaknya menyediakan sebanyak 200 gerai perniagaan di Galeri A dan B di TTC untuk para usahawan berniaga.
"Ini satu peluang bagi usahawan-usahawan di Terengganu berniaga dan seterusnya memperkenalkan produk keluaran mereka," katanya semalam.
Azmi berkata langkah YPU itu untuk memberi peluang kepada orang ramai membeli-belah dan mengelak daripada hanya tertumpu di kawasan pusat bandar sahaja.
Katanya YPU sentiasa mengadakan program seumpama itu bagi memastikan usahawan-usahawan di negeri ini terus maju.
No comments:
Post a Comment