Pegawai Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memeriksa sebahagian daripada VCD yang dirampas di Dungun, kelmarin.
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) merampas 2,600 keping cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) dalam serbuan di Dungun kelmarin.
Rampasan bahan cetak rompak bernilai RM26,000 itu hasil serbuan yang disasarkan ke atas dua premis di Pekan Paka sebelum dua lagi serbuan di sekitar pusat bandar ini.
Operasi selama lima jam mulai 6.30 petang itu membabitkan seramai 12 anggota diketuai Timbalan Pengarah PPDNKK Terengganu, Abdul Ghani Harun.
Abdul Ghani berkata, operasi di Dungun ini dibuat sempena Ops Raya selepas pihaknya menerima laporan awam dan rampasan ini merupakan rampasan terbesar di daerah Dungun.
"Sepanjang operasi tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku dan pemilik premis memberi kerjasama yang baik dan mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan," katanya kepada pemberitas semalam.
Menurutnya, keempat-empat pemilik premis serta empat pekerja mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan untuk diambil keterangan lanjut.
Kata beliau, pengusaha premis VCD dan DVD terbabit dipercayai mengambil stok yang banyak kerana beranggapan ia begitu laris disebabkan orang ramai ingin menonton semasa cuti musim perayaan.
Utusan
No comments:
Post a Comment