Wednesday, September 7, 2011

UMT Terima 1,900 Penuntut Baru Peringkat Ijazah Sarjana Muda

Aziz Deraman (tengah) beramah mesra dengan pelajar baru yang mendaftar di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.

Seramai 1,900 penuntut mendaftar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini Selasa bagi mengikuti 25 program peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi 2011/2012.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Aziz Deraman berkata sebanyak 2,382 surat tawaran dikeluarkan bagi sesi kemasukan kali ini dan daripada jumlah itu seramai 1,900 pelajar menerima tawaran itu.

UMT turut menerima 12 penuntut antarabangsa iaitu dari Indonesia, India, Somalia, Uzbekistan, Yaman dan China, katanya ketika ditemui semasa meninjau proses pendaftaran penuntut baru di Dewan Sultan Mizan, UMT di Kuala Terengganu.

Beliau berkata UMT akan memperkenalkan dua program baru iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Kejuruteraan Infomatik Marin mulai sesi kemasukan tahun depan.

No comments:

Post a Comment