Sunday, September 4, 2011

Dua Lagi Tebing Pasir Bagi Pendaratan Tuntung

Kerajaan negeri mewartakan dua lagi tebing pasir untuk pendaratan tuntung, spesies yang semakin berdepan dengan ancaman kepupusan.

Pewartaan Tebing Pasir Lubuk Besi dan Pasir Percun Besut itu menjadikan setakat ini enam kawasan telah diwartakan termasuk Pasir Kumpul dan Pasir Tok Chu di Dungun.

Menurut sumber kerajaan negeri, ia juga melibatkan pasir Lubuk Kawah dan Pasir Temir Hulu Terengganu.

''Langkah ini bagi memastikan spesies ini diurus, dipelihara dengan baik agar tidak pupus selain peningkatan program penguatkuasaan dan kempen kesedaran," ujar sumber itu baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment