Friday, September 9, 2011

MB Terengganu Beri Amaran Pelajar Tajaan Jangan Libat Politik

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said semalam memberi amaran kepada kepada pelajar tajaan kerajaan negeri yang menuntut di luar negara supaya memberi perhatian kepada pelajaran mereka dan tidak terbabit dalam politik.

"Saya bagi amaran awal-awal, kita tidak akan bertolak ansur dalam hal ini kerana kita beri mereka biasiswa untuk belajar dan bukan terbabit dalam politik," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan pelajar luar negara dan penyampaian wang pendahuluan dari Yayasan Terengganu (YT) di Kuala Terengganu, semalam.

Jika mereka tidak mahu belajar, kerajaan boleh memberi peluang itu kepada pelajar-pelajar lain, katanya.

Katanya ada pemimpin politik pembangkang yang pergi ke luar negara dan menghasut pelajar Malaysia supaya menentang kerajaan.

Ahmad berkata, kerajaan negeri memberikan biasiswa dan bantuan pelajaran bagi membolehkan pelajar membantu keluarga dan berkhidmat untuk negara apabila tamat pengajian kelak dan bukannya bertindak menentang kerajaan.

Ahmad berkata kerajaan telah memperuntukkan lebih RM4 juta untuk memberi wang pendahuluan melalui yayasan itu tahun ini kepada 96 orang pelajar bagi melanjutkan pengajian di seberang laut.

Katanya sebahagian besar daripada pelajar itu akan belajar di Jordan manakala yang lain di Rusia dan United Kingdom.

No comments:

Post a Comment