Para pemimpin dan ahli Pas perlu mengankui bahawa mereka telah melakukan satu kesilapan paling besar apabila melantikan jaguh ceramahnya, Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden parti itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Mohmad atau dikenali sebagai Mat Sabu yang terkenal dengan akal dangkalnya untuk meraih sokongan bukan melayu sanggup menganggap komunis sebagai pejuang bangsa dan merendahkan taraf anggota keselamatan terbunuh.
Menurutnya,sejarah tragedi Bukit Kepong yang dijadikan contoh oleh Mat Sabu tentunya sangat mengguriskan perasaan anggota keselamatn yang terkoban nyawa apabila gerombolan komunis siangkat sebagai hero.
Bagi saya, adalah menjadi kesilapan Pas apabila memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden dengan menolak Nasharuddin Mat Isa yang juga arif dalam agama.
“Tetapi Pas telah memilih Mat Sabu sebagai jaguh yang hanya pandai bercakap, Pas telah membuat pilihan yang salah,” katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pembarita ketika mengunjungi keluarga Allahyarham Konstabel Jaafar Hassan, di Kampung Perpindahan, Chendering dekat sini kelmarin.
No comments:
Post a Comment