Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semalam berka
ta berikutan kegagalan itu, kepimpinan tiga parti berkenaan di Johor, Pahang, Sarawak, Perak dan Kedah berharap mereka diberi tempoh tambahan untuk menyelesaikan perbezaan pendapat, kebanyakannya berhubung tuntutan bertindih bagi kerusi tertentu."Tempoh akhir bagi rundingan itu pada Ogos hanyalah suatu panduan. Beberapa negeri memohon tempoh lanjutan untuk menyelesaikan perkara itu. Ia hanya melibatkan beberapa negeri, bukan banyak," katanya.
Kepimpinan pakatan PKR-DAP-PAS sepatutnya memuktamadkan rundingan mereka mengenai pengagihan kerusi yang akan ditandingi calon masing-masing bagi kerusi negeri dan Parlimen pada pilihan raya umum akan datang menjelang Ogos lepas untuk mengelak tercetusnya perbalahan.
PAS dan DAP dilaporkan berhajat untuk meletakkan calon bagi beberapa kerusi Parlimen yang dimenangi PKR pada pilihan raya umum 2008 kerana penyandang kerusi berkenaan meninggalkan parti itu.
No comments:
Post a Comment