Saturday, September 10, 2011

T-Team, Terengganu Yakin Menang Perlawanan Kedua Malam Ini

Irfan (kiri) mengingatkan para pemainnya agar jangan leka berdepan dengan Selangor PKNS malam ini.

Pada ketika Terengganu tidak memandang rendah Selangor PKNS, T’Team melihat kejayaan menewaskan pasukan gergasi Selangor 1-0 dalam aksi pembukaan Selasa lalu menyuntik semangat kepada pemain pasukan itu untuk beraksi lebih cemerlang malam ini.

Penyerang T’Team, Nor Farhan Mohamad yakin pasukannya mampu melangkah lebih jauh dalam saingan merebut Piala Malaysia musim ini dan melayakkan diri ke peringkat akhir kempen tersebut.

T’Team diundi dalam kumpulan D bersama-sama Selangor, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Melihat pada persiapan yang dibuat oleh pasukan T’Team bagi menghadapi saingan Piala Malaysia ini, saya yakin kami menunjukkan semangat yang tinggi serta moral semakin meningkat pada ketika ini.

"Ia dapat dilihat apabila pasukan kami berjaya menewaskan Selangor yang merupakan pasukan yang kuat dalam Kumpulan D," katanya.

Apapun, Farhan berkata, selain Selangor, Kuala Lumpur juga merupakan antara pencabar utama bagi T’Team bagi mengharungi saingan dalam Kumpulan D.

Bagi Terengganu, kelebihan selaku tuan rumah masih belum mampu memberi kelegaan kepada pengendalinya, Irfan Bakti apabila menanti kunjungan Selangor PKNS pada aksi Kumpulan B kempen Piala Malaysia malam ini.

Sebaliknya Irfan mengakui, pertembungan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu pasti menjanjikan kesukaran berdasarkan reputasi lawan selaku juara Liga Perdana.

Apapun, Irfan yang memburu kejuaraan sulungnya di pentas Piala Malaysia turut mengharapkan sokongan padu daripada penyokong Peteh dalam misi merealisasikan hajat persatuan memburu gelaran kedua musim ini.

"Kami berjaya menduduki tempat kedua dalam Liga Super, muncul juara Piala FA dan kini, kami bersaing untuk mencari tempat ke pusingan kedua Piala Malaysia.

"Besar impian saya untuk melihat Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam esok (malam ini) dipenuhi penyokong-penyokong Terengganu," ujarnya lagi.

Bagi Irfan, pengalaman PKNS mendominasi saingan Liga Perdana tidak boleh diperlekehkan, sekalipun skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan pada aksi pertama Selasa lalu.

"Kami tidak boleh leka dengan PKNS kerana mereka hadir sebagai juara Liga Premier. Lagipun, pasukan ini baru sahaja mengalami kekalahan dan saya menjangkakan, mereka pasti bangkit di Kuala Terengganu," jelas Irfan kepada Kosmo! semalam.

Tambah jurulatih kelahiran Kelantan ini, kekuatan PKNS sudah pasti terletak di bahagian tengahnya terutama posisi sayap seperti yang dibuktikan ketika menentang Negeri Sembilan sebelum ini.

Justeru katanya, kombinasi dan keserasian Joseph Kalang, Resha- fiq Alwi dan Ashaari Shamsuddin di bahagian tengah begitu ditagih dalam misi juara Piala FA itu mengutip tiga mata di hadapan penyokong sendiri.

"Satu-satunya berita baik yang kami peroleh ialah kehadiran semula Ismail Faruqi selepas tidak disenaraikan pada pertemuan menentang Sime Darby tempoh hari.
"Dengan kehadiran Ismail, ia akan memberi lebih banyak pelu- ang kepada saya untuk menyusun strategi bagi membolehkan gandingan Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi menjaringkan gol," katanya.

Pada perlawanan pembukaan Kumpulan B lalu, Terengganu menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila menang mudah 3-0 ke atas pendatang baharu, Sime Darby.

Sumber - Utusan, Kosmo, Berita Harian

No comments:

Post a Comment