
Terengganu dijangka menerima pelaburan lebih RM4 bilion tahun ini dari syarikat-syarikat luar negara, yang melebihi sasaran RM3.5 juta yang tetapkan sebelum ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad S

"Kita sasar pelaburan di Terengganu pada tahun ini hanya RM3.5 juta tetapi setakat ini kita terima lebih daripada itu," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, kelmarin.
Beliau berkata pelaburan itu akan membuka banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Ahmad Said berkata, dalam tempoh terdekat, kerajaan akan meluluskan projek ternakan udang di Tasik Kenyir bernilai RM1 bilion oleh sebuah syarikat dari China.
Katanya, ia akan diikuti dengan pelaburan dua buah lagi syarikat dari Perancis yang a

Beliau berkata, selain itu terdapat juga beberapa syarikat yang akan membuat pelaburan dalam bidang hartanah dan besi waja di Kemaman yang melibatkan pelaburan hampir RM3.5 bilion.
No comments:
Post a Comment