Monday, September 19, 2011

Tuanku Mizan rasmi Hotel Tanjong Vista

Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) meletakkan plak sebagai simbolik perasmian Hotel Tanjung Vista sambil diperhatikan Tan Choo Meng di Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Hotel Tanjong Vista Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Toh Puan Rohani Abdullah serta Pengerusi dan Pengarah Urusan Hotel Tanjong Vista, Datuk Tan Choo Meng.

Hotel setinggi 14 tingkat bertaraf tiga bintang yang menelan kira-kira RM23 juta itu mula beroperasi pada awal September lalu.

Hotel itu terletak berhampiran dengan pusat bandar raya dibina pada 2008 dengan menawarkan pelbagai kemudahan di samping harga yang amat berpatutan.

Sebanyak 199 bilik disediakan kepada pengunjung termasuk 20 bilik superior, 110 bilik superior deluxe, 38 bilik deluxe dan masing-masing 10 bilik executive dan premium suite dan satu bayu suite.

Selain penginapan, Hotel Tanjong Vista juga menyediakan kemudahan dewan sehingga dapat menampung 600 orang yang dilengkapi dengan sistem audio serta layar putih.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment