Tuesday, October 4, 2011

11 Negara Sertai Jambori Malaysia Ke-12 Di Terengganu

Sebanyak 11 buah negara akan mengambil bahagian dalam Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011 selama tujuh hari mulai 19 Nov depan di Kem Telaga Batin, Seberang Takir di Kuala Terengganu.

Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Datuk Abdullah Taib berkata negara itu ialah Singapura, Vietnam, Jepun, Nepal, Hong Kong, Maldives, Mesir, Indonesia, Kazakhstan, Brunei dan Sri Lanka yang melibatkan 361 peserta.

"Peserta dalam negara pula melibatkan semua negeri dengan jumlah peserta hampir 10,000 orang," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011 di Kem Telaga Batin Isnin.

Abdullah berkata penyertaan peserta dari negara luar dan dalam negeri masih dibuka sehingga penghujung bulan ini.

Beliau berkata Kem Telaga Batin memiliki kemudahan lengkap dan terbaik dengan 83 buah bilik, 65 buah bilik biasa dan 24 bilik tetamu kehormat.

No comments:

Post a Comment