Pengarah Mara negeri Abdullah Muhamad berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM13.8 juta diluluskan untuk pin

"Mereka meminjam antara RM250,000 dan RM500,000, bergantung kepada projek yang dijalankan," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Mara 2010 yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Sumber Manusia Mara, Ramli Sudin, semalam.
Abdullah berkata pinjaman kontrak merupakan pinjaman terbesar yang dikeluarkan di Terengganu setakat ini.
Beliau berkata Mara tidak menghadapi masalah dari segi bayaran balik daripada para peminjam.
Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata dalam tempoh yang sama Mara membelanjakan lebih RM374,800 untuk pinjaman pendahuluan kepada 249 pelajar yang berjaya masuk ke univesiti swasta tahun ini.
Beliau berkata pelajar berkenaan mendapat pinjaman sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Sementara itu, Ramli berkata Mara sentiasa menggalakkan para pegawainya menyambung pelajaran untuk meningkat ilmu.
Beliau berkata tahun ini sahaja seramai 125 pegawai Mara mengikuti pengajian peringkat diploma, ijazah, ijazah lanjutan serta doktor falsafah (PhD), di Australia dan United Kingdom.
No comments:
Post a Comment