Ashaari (kanan) menjaringkan gol kedua Terengganu pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
Terbukti Terengganu mampu melahirkan pasukan bolasepak yang disegani di negara ini sesuai dengan hasratnya menjadi kuasa sukan baru negara.
Dua pasukan bolasepak Ganu Nelang – Terengganu dan T’Team semalam meletakkan dirinya layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia dan menunggu masa untuk bertarung ke akhir selepas Terengganu sebelum ini meraih juara Piala FA 2011.
Keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian dan juara Piala FA itu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat.
Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir selepas tewas 5-3 secara agregat kepada Terengganu selepas keputusan seri 2-2 di Stadium Sultan Mohamad IV malam tadi sambil T-Team turut mengukir bangga apabila mengatasi Sabah, 2-1 dan agregat 4-2.
Menguasai saingan sepanjang 17 minit pertama, Kelantan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sebelum Ashaari Shamsudin menewaskan Khairul Fahmi Che Mat dengan bola lambung hasil umpanan Abdul Hadi Yahaya dalam serangan balas pada minit ke-18.
Di depan lebih 40,000 penyokong setia, The Red Warriors cuba bangkit tetapi skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim lebih tenang dalam mengatur serangan balas dan mendahului dua gol sebelum rehat apabila Ashaari sekali lagi menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-40.
Terengganu meneruskan asakan di babak kedua tetapi juara Liga Super, Kelantan yang dibimbing Datuk M Karathu merapatkan jurang pada minit ke-54 menerusi Azamudin Akil hasil kesilapan penjaga gol Sharbinee Allawee dan mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Badhri pada minit ke-70 selepas bola terkena tangan kapten Terengganu, Marzuki Yusof.
Ketika keajaiban mencari dua lagi gol tak kesampaian, juara Piala FA Terengganu yang menang 3-1 di Kuala Terengganu, lebih berhak ke separuh akhir apabila bertahan kental memastikan kedudukan 2-2 kekal hingga tamat untuk mara selesa
T’Team mengiring kemaraan pasukan ‘abang’ Terengganu ke separuh akhir apabila menewaskan Sabah 2-1 dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi untuk layak dengan agregat 4-2.
Namun di awal babak pertama, rumah, T-Team yang berbekal kemenangan 2-1 dalam perlawanan pertama, meresahkan penyokong sendiri apabila membiarkan barisan depan Sabah yang diketuai Zainizam Marjan mendominasi perlawanan dan hampir dihukum Alto Linus apabila rembatan penyerang itu singgah ke palang ketika penjaga gol, Mohd Zairi Hafiezi Idris sudah tertewas.
Di sebalik keghairahan Sabah mencari gol pendahuluan, rembatan rendah Fitri Omar meletakkan T-Team di depan apabila mudah menewaskan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein pada minit ke-28 selepas umpanan cantik Norfarhan Mohamad.
Bersemangat dengan gol pertama, dua cubaan Indra Putra Mahyuddin dan Fitri sekadar menyuntik semula semangat tuan rumah dan kesungguhan jentera serangan, membolehkan Zairo Anuar Zailani meletakkan T-Team dalam keadaan lebih selesa dengan rembatan kencang untuk gol kedua pada minit ke-67.
Sabah yang terus menunjukkan sifat melawan merapatkan kedudukan menerusi Mafri Balang pada minit ke-86 tetapi ia tidak cukup untuk menghalang kemaraan skuad Yunus Aliff ke separuh akhir.
Sementara itu kesungguhan semata-mata tidak mencukupi buat Perak untuk menandingi Selangor apabila tunduk 1-0 di gelanggang sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.
Tuan rumah yang turun dengan semangat tinggi sebaliknya terpaksa menelan keperitan sekali lagi apabila sentuhan daripada sepakan percuma Shafiq Rahim menghukum anak buahnya Norizan Bakar sebelum Rudie Ramli mudah menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin ke gawang yang kosong untuk gol tunggal perlawanan itu dan agregat keseluruhan 4-1.
Perak walaupun menguasai permainan tidak nampak kelihatan mampu menjaringkan gol kerana selain tidak banyak mencipta peluang turut mendapati benteng lawan terlalu kental untuk ditembusi.
Negeri Sembilan pula yang ketinggalan dengan agregat 0-1 menang bergaya di Paroi apabila bertemu Felda United dengan jaringan 3-0 menjadikan agregat 4-1.
Negeri Sembilan akan bertemu T'Team pada saingan separuh akhir nanti.
Utusan, Berita Harian. Harian Metro
No comments:
Post a Comment