Dewan Bahasa dan Pustaka bersama kerajaan negeri akan melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) tahun 2011 peringkat negeri Terengganu 20 Okt ini.
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur Azmi Ibrahim berkata majlis tersebut akan berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Bulan Bahasa Kebangsaan mula diperkenalkan pada 1999 bertujuan membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera Melayu.
"Sepanjang BBK berlangsung pada bulan Oktober ini, pelbagai aktiviti bahasa dan sastera akan dilaksanakan yang bertujuan menyuburkan rasa cinta masyarakat terhadap bahasa kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.
Azmi berkata antara pengisian acara dalam majlis itu adalah ceramah bahasa yang akan disampaikan oleh Dr S.Nathesan, seorang ahli akademik dan tokoh bahasa yang banyak menyumbang dalam bidang pengembangan bahasa Melayu dan juga puisi.
Beliau berharap masyarakat setempat dan orang ramai menghadiri majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment