Saturday, October 15, 2011

Dua Penunggang Maut Nahas Motosikal Bertembung

Dua pemuda maut apabila motosikal yang ditunggangi masing-masing bertembung di Km47, Jalan Kuantan-Kemaman dekat Chendor di Kemaman, awal pagi Khamis.

Kedua-dua penunggang mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kedua-dua mereka dikenal pasti sebagai Tuan Mohamad Izzat Tuan Othman, 21, berasal dari Kampung Titian Berayun, Kijal, Terengganu, dan Rahmatnor Rashid, 23, berasal dari Kampung Gelung Gajah, Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan, katanya kepada pemberita semalam.

"Tiba di lokasi kejadian, dipercayai Tuan Mohamad Izzat yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 telah terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal Modenas yang ditunggang Rahmatnor," katanya.

No comments:

Post a Comment