
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sepanjang tahun lepas, pesakit kegagalan buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara merangkumi 7,115 orang yang dirawat di pusat dialisis sektor awam.
"Sementara 9,813 orang di pusat dialisis swasta dan 6,492 di pusat dialisis pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya semasa menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.
Rosnah berkata terdapat 181 pusat dialisis sektor awam, 297 pusat dialisis swasta dan 140 pusat dialisis NGO di seluruh negara pada tahun lepas, sementara di Pulau Pinang pula terdapat 10 pusat dialisis sektor awam, 27 pusat dialisis swasta dan 20 pusat dialisis NGO.
Beliau berkata kerajaan menyediakan geran berkapita kepada NGO untuk pembelian mesin.
No comments:
Post a Comment