Jika Jang ada botak, Peteh pun ada.
Ahmad Wahyudie menggunting rambut Shaari Abdullah berbentuk penyu di Kuala Terengganu, semalam.
Ia gara-gara sempena perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Terengganu dan Negeri Sembilan Sabtu ini.
Hakikatnya, di sebalik desas-desus mengatakan ada segelintir penyokong Negeri Sembilan yang dikhabarkan mahu memboikot aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini gara-gara harga tiket yang mahal, masih ada yang berkobar-kobar mahu berkelana ke sana dari Seremban.
Malah, ada juga peminat fanatik Hoben Jang Hoben yang bernazar membotakkan kepala masing-masing sebaik pasukan itu melangkah ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut.
Seorang penyokong Negeri Sembilan, Mohd. Afif Anuar, 23, memberitahu, seramai sembilan rakannya dari kelab N9 Futbol telah bernazar membotakkan kepala masing-masing sebaik berjaya memadam cabaran T-Team di peringkat separuh akhir sebelum ini.
Menurutnya, sebanyak 300 buah kereta dengan kira-kira 1,500 ahli N9 Futbol akan berkumpul di pekara- ngan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebelum bertolak ke Shah Alam pukul 2.30 petang ini.
"Selain membotakkan kepala, kesemua penyokong juga diseru supaya menunjukkan angka tiga di jari ma- sing-masing semasa di stadium nanti sebagai simbolik memburu piala untuk kali ketiga," katanya.
Utusan Malaysia, Kosmo!
No comments:
Post a Comment