Tuesday, October 25, 2011

Eco Terengganu 2011 Buka Jalan Untuk Pertubahan

Masa untuk perubahan telah tiba.

Terengganu, negeri yang pesat membangun dan kaya dengan sumber asli bersedia untuk berubah ke arah kehidupan lestari.

Langkah pertama bagi memperkenalkan transformasi ini ialah EcoKnights dan T-Best Events, dengan sokongan Kerajaan Negeri Terengganu dan 1Malaysia PROGRES (Program Green Solutions).

Bersama-sama, mereka anjurkan persidangan yang julung kali ini, persidangan Eco Terengganu 2011 pada 23 dan 24 November di Ri-Yaz Heritage Marina Resort and Spa, Kuala Terengganu, sempena Piala Monsun.

Tema persidangan “Winds of Change” adalah selari dengan sukan layar, yang memerlukan tenaga angin sementara Terengganu pula perlu perubahan ke arah kesedaran alam sekitar.

T-Best Events merupakan syarikat yang bertanggungjawab mempromosi negeri Terengganu di mata dunia melalui kejayaan penganjuran Piala Monsun.

Persidangan Eco Terengganu 2011 akan mendapat manfaat daripada penganjurannya sewaktu Piala Monsun, di mana ianya akan menyediakan platform bagi sukan, perniagaan dan hiburan untuk sama-sama berganding ke arah hasrat yang sama, iaitu pembangunan lestari.

Persidangan ini akan menampilkan penceramah-penceramah yang akan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai kerajaan serta syarikat-syarikat mengenai polisi hijau dan bagaimana untuk mengoptima potensinya bagi menarik pelabur asing. Sesi perkenalan di antara sektor awam dan swasta akan membantu mencetuskan pelbagai idea dan memberi haluan baru untuk negeri Terengganu.

Persidangan dua hari ini terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu perniagaan, alam sekitar dan sosial.

Antara topik yang akan diketengahkan ialah Green Design Application : Microarchitecture for Street Retail and Facility oleh Dr. Azimin Tazilan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Greening the Local Shipping/Fishing Industry – Adverse Impact of Anti-fouling Paint Used in Vessels / Shipyards to the Marine Environment oleh Joanna Tang dari Maritime Institute of Malaysia dan Energy Maximization Through the Multiple Bottom Line Approach in Used Cooking Oil Biodiesel Conversion oleh Vinesh Sinha dari Fathopes Energy Sdn Bhd.

Inisiatif mesra alam dahulunya dilihat sebagai inisiatif yang melibatkan kos yang tinggi, tidak berdaya maju dan terhad kepada projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Namun, beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan kekurangan kos melalui pembangunan teknologi dan meningkatnya penawaran dan permintaan. Awam kini faham bahawa faedah jangka masa hadapan dapat mengatasi modal permulaan yang tinggi.

Kini, kerajaan akan meletakkan asas melalui pendidikan menerusi Eco Terengganu 2011 dan program sekolah untuk memastikan kejayaan projek masa hadapan. Syarikat pengeluaran berteknologi canggih dijemput untuk melabur di Terengganu dengan insentif 100 peratus pengecualian cukai selama 10 tahun. Insentif lain juga turut ditawarkan.

Tagline persidangan “One State. A Green Future” merupakan indikasi usaha kerajaan untuk meningkatkan kehidupan penduduk. Untuk mengelakkan penyalahgunaan terma hijau maka adalah perlu untuk membetulkan fakta bahawa inisiatif mesra alam memerlukan kos yang tinggi serta teknologi yang intensif.

Malah, persidangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman bahawa kehidupan mesra alam boleh menjimatkan dan bermanfaat.

Untuk menyertai persidangan ini, sila hubungi Cik Aaina Karina (aainakarina@ecoknights.org.my) atau hubungi +6012-3773 58

No comments:

Post a Comment