Friday, October 21, 2011

Hudud PASTerengganu Benarkan Suami Liwat Isteri?

Daripada http://hambali1.blogspot.com/
(Tajuk Asal - HUDUD PAS BENAR SUAMI LIWAT ISTERI...PATUTLAH...
)

Undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu membenarkan suami meliwat isteri?

"Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam)Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

"Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki...kita faham lah itu... atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

"Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata 'selain daripada isterinya'. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini,"

Demikian kata Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 yang menjadikan Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur lkecoh semalam.

Beberapa pemimpin pembangkang khususnya daripada PAS 'bengang' dengan kenyataan Zulkifli semalam.

Menurut Zulkifli, jika jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian.

Banyak lagi perkara menarik disebut Zulkifli.

Yang nyata apabila beliau periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS.

“Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi," katanya. Menurut Zulkifli, keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Hakikatnya apakah PAS Terengganu dan Kelantan faham dan tahu kesan undang-undang hudud yang diluluskan olehnya?

Baca selanjutnya di sini.

No comments:

Post a Comment