

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia dijangka membantu

Katanya, projek yang merangkumi tiga pemangkin utama iaitu pusat gaya bersepadu, pusat komersial dan hab pendidikan itu akan turut mewujudkan lebih 82,000 peluang pekerjaan kepada penduduk negeri itu dalam tempoh yang sama.
"Projek KTCC akan menjadi penanda aras yang baru kepada pembangunan hartanah dan pelancongan di negeri ini pada masa depan dan meletakkan Terengganu sebagai pusat pelancongan moden bertaraf dunia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah dan pelancaran projek KTCC di Muara Selatan, Jalan Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John.
ECERDC merupakan antara koridor pembangunan terbesar negara yang bakal melibatkan kawasan seluas kira-kira tujuh kilometer radius dari Muara Sungai Terengganu yang merangkumi pembangunan lima bidang utama iaitu Muara Utara, Muara Selatan, Pulau Warisan, Kampung Ladang/Tanjung dan Tebing Pesisir Air.
Antara komponen lain yang

Ahmad Said berkata, kerajaan negeri menyasarkan peningkatan kunjungan pelancong sebanyak 3.5 juta orang setahun menjelang 2013 berbanding lebih 2.5 juta sekarang.
Tambahnya, bagi melengkapkan pembangunan KTCC, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) akan disiapkan menjelang 2013 dan bakal mengurangkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur kepada empat jam.
Katanya, projek di bawah ECERDC itu akan memberi manfaat kepada semua terutamanya penduduk di negeri ini.
"Nilai hartanah akan meningkat dan dari segi sosioekonomi, KTCC akan menjadi faktor penarik untuk menggalakkan lebih ramai belia kembali bekerja di negeri ini apabila melihat perubahan bandar raya ini yang bakal menjadi hab kehidupan, bekerja dan aktiviti-aktiviti rekreasi," jelasnya.
Bagi mempromosikan imej negeri itu sebagai Gerbang Pelancongan di ECER, sebuah jambatan angkutan (draw breach) bakal dibina menghubungkan kawasan seluas 72 hektar di Muara Selatan dan Muara Utara.
Jelas Ahmad Said, ia merupakan sebuah jambatan seumpamanya di negara dan bakal menjadi satu mercu tanda negeri itu.
No comments:
Post a Comment