Jabatan Perikanan Terengganu mengambil langkah untuk melestarikan sumber perikanan di perairan umum di negeri itu agar ia berkekalan.
Pengarah Perikanan Negeri Zakaria Ismail berkata ini kerana sumber perikanan di perairan umum iaitu di sungai dan tasik di Terengganu semakin berkurangan dan mungkin terhakis pada suatu masa nanti.
"Kita bimbang sumber perikanan di perairan umum akan hilang pada masa depan," katanya semalam.
Zakaria berkata Jabatan Perikanan Terengganu akan melepaskan 15,000 benih ikan kelah, lampam sungai dan lampam gerai di Sungai Pelong di Setiu Ahad ini.
Ini merupakan program pelepasan sumber perikanan di perairan umum kedua oleh jabatan berkenaan tahun ini selepas di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu Ogos lepas.
Zakaria berkata pihaknya memilih kawasan habitat asal untuk melepaskan benih-benih ikan bersaiz antara dua dan tiga inci supaya ikan-ikan tersebut selamat dan terus membesar.
Anak-anak ikan tersebut diperoleh dari pusat pengembangan akuakultor Jabatan Perikanan Perlok di Jerantut, Pahang.
No comments:
Post a Comment