Itu reaksi spontan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said apabila diminta mengulas perkembangan membaik pulih bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak masih belum disiapkan.
Menurutnya, dalam perkara itu soal masa bukan lagi menjadi faktor paling penting kerana Kerajaan Negeri dan pihak bertanggungjawab memerlukan kajian dan perincian sedalam-dalamnya
Kata Menteri Besar, ia bukan soal kelewatan tetapi proses itu memerlukan masa yang agak lama kerana melibatkan banyak aspek seperti teknikal dan perundangan.
"Sampai masa kita akan baiki, bukan tidak mahu. Kalau boleh mahu esok," katanya.
Beliau menjawab soalan pemberita selepas merasmikan Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Kanak-kanak Tadika peringkat negeri di Stadium Tertutup Kompleks Sukan di Gong Badak, Kuala Terengganu, petang kelmarin.
Stadium yang menjadi gelanggan utama Sukma 2008 itu runtuh pada 2 Jun 2009 dan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan sudah siap dijalankan.
Teganukita
No comments:
Post a Comment