
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes berkenaan kepada JKDM dan pihak mereka mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut," katanya dalam jawapan bertulis diDewan Rakyat semalam.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui status siasatan pihak polis dan SPRM berhubung dakwaan pembelian cincin tersebut.
Bagaimanapun menurut Mohamed Nazri, kes berkenaan tidak berada di bawah bidang kuasa SPRM kerana suruhanjaya itu hanya menjalankan siasatan bagi kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewenganseperti mana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, Rosmah turut menafikan mengenai pembelian cincin berkenaan dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah.
No comments:
Post a Comment