Tuesday, October 11, 2011

Lelaki Pukul Ibu Dengan Penyapu Diarah Ke Hospital Permai

Seorang lelaki Isnin diarah dihantar ke Hospital Permai, Johor untuk pemerhatian setelah didakwa memukul ibunya dengan sebatang penyapu.

Ahmad Shukri Abdul Razak, 54, yang dipercayai kurang siuman, diarah menjalani pemeriksaan itu oleh Majistret Noradila Ab Latif ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Shukri dituduh memukul ibunya Salasiah Muda, 71, dengan sebatang penyapu di sebuah rumah beralamat Lot 30, Kampung Atas Tol dekat sini kira-kira pukul 11 malam pada 21 Julai lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau sebat.

Ahmad Shukri kelihatan tenang dan beberapa kali mengangguk ketika pertuduhan dibacakan.

Nordila menetapkan 2 Nov depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Ngiam Ooi Ming.

No comments:

Post a Comment