Thursday, October 20, 2011

Letaklah Apa Manifesto Pun, Rakyat Terengganu Sudah Serik Dengan Pas

Pemimpin Pas Terengganu lancar manifesto Sabtu lalu.

Manifesto Pas Terengganu yang bertemakan ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’ hanyalah manifesto pancing undi dalam usaha parti itu untuk mengaburi mata rakyat yang telah melalui zaman gelap ketika negeri itu diperintah Pas pada satu masa dahulu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Yahya Khatib berkata rakyat negeri tidak akan lupa bagaimana pentadbiran Pas di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ketika itu hanya bercakap dan berceramah sepanjang masa dan bukannya melaksanakan apa yang termaktub di dalam manifesto yang dijanjikan.

Justeru katanya manifesto yang dikeluarkan itu tidak lebih hanya sekadar untuk mengulangi skrip lama dan mereka perlu ingat rakyat Terengganu sudah matang dan tidak akan terpengaruh dengan segala janji yang hanya manis di bibir sahaja.

“Penghapusan cukai kediaman dan sebagainya adalah gula-gula untuk memastikan pengaruh mereka terus berkembang namun pada masa yang sama mereka tidak sedar tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan pada satu ketika dahulu disia-siakan.

“Jika mereka melaksanakan amanah dan melunaskan segala janji, takkankan rakyat khususnya pengundi menukar kerajaan negeri dalam sekelip mata sahaja dan mereka hanya memerintah sepenggal sahaja,” katanya.

Pas Terengganu Sabtu lalu melancarkan manifesto Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tema ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’.

Lima perkara dari kandungan manifesto yang dilancarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu ialah melaksanakan pengecualian cukai kediaman, Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN, Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami, Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miski.

Yahya yang juga Adun Pengkalan Berangan seterusnya menegaskan Pas perlu mencermin diri terlebih dahulu dan bukannya secara semberono mengumumkan manifesto berkenaan.
“Manifesto mereka seolah-olah kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) hari ini tidak peka dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat sedangkan kita telah melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat Terengganu.

“Usah cakap banyaklah….Tengok dan selidik dulu apa jasa dan “track record” ketika rakyat memberi amanah sebelum ini. Seperti yang saya katakan di atas, jika mereka benar-benar bertanggungjawab, takkanlah rakyat berpaling tadah dengan memberikan madnat kembali kepada BN.

“Kita bukannya nak bercakap sombong atau bongkak sebaliknya bercakap atas dasar hakikat yang sebenarnya. Kita percaya rakyat negeri ini lebih selesa dengan apa yang kita telah laksanakan dan segala perancangan yang telah diatur dan sama sekali tidak akan mengulangi kesilapan sebelum ini,” katanya.

Teganukita pula melaporkan, rakyat Terengganu bakal 'menderita' sekali lagi jika mereka memilih PAS sebagai parti pemerintah negeri tersebut.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, ini kerana manifesto yang dilancarkan parti itu baru-baru ini hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya.

"Terbukti apa yang dijanjikan parti itu tidak dapat dilaksanakan seperti janji kerajaan PAS di Kedah menurunkan cukai tanah, tetapi sekarang mereka sebenarnya merana akibat tindakan itu kerana cukai merupakan pendapatan kepada kerajaan negeri.

"Bagi menutup kepincangan itu, mereka mengenakan cukai yang tinggi pula kepada UUM.

"Maka, sebab itu kita menjangkakan mereka tidak melakukan kajian secara terperinci ketika menyenaraikan janji-janji tersebut kerana ia sekadar memancing undi," katanya.

PAS Terengganu baru-baru ini mengumumkan sebahagian manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 yang antara lain menjanjikan kakitangan awam wanita kematian suami bakal diberi cuti bergaji selama 30 hari sebagai tempoh berkabung.

Langkah pengumuman secara berperingkat itu kononnya bagi memastikan manifesto yang dibuat tidak ditiru oleh Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan pula berkata, penghapusan cukai pintu dan penyelesaian isu tanah merupakan pengulangan janji oleh PAS selepas mereka diberi mandat memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 1999.

Katanya, PAS bagaimanapun menghadapi masalah kewangan kerana mereka hanya mengharapkan wang royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

"Sekiranya janji yang sama dibuat oleh PAS, saya mengandaikan mereka akan menghadapi masalah kewangan yang sama.

"Penghapusan cukai bukan tindakan bijak kerana ia merupakan sumber utama kerajaan negeri. Banyak lagi cara lain yang boleh meringankan beban rakyat," katanya

umno-online, Teganukita

No comments:

Post a Comment