
Setiausaha Agung Persatuan Penulis-penulis Sukan (SAM), Faisal Jamal berkata, pihak pengurusan stadium dan jawatankuasa pertandingan FAM sepatutnya mengetahui kehendak yang diperlukan oleh wartawan ketika membuat liputan sukan lebih-lebih lagi membabitkan perlawanan penting seperti perlawanan akhir Piala Malaysia.
"Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan pihak FAM semata-mata kerana pihak pengurusan stadium (Stadium Shah Alam) mempunyai badan pengurusan sendiri.
"Mereka (pengurusan stadium) sewajarnya mengetahui keperluan asas yang diperlukan petugas media Shah Alam malam tadi.
Namun, pada masa yang sama beliau memuji tahap keselamatan yang diurus dengan baik dan teratur pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan FAM.
"Di sini, saya dapat lihat keselamatan petugas media lebih terjamin dengan adanya kawalan ketat oleh pihak polis berbanding dengan Stadium Nasional Bukit Jalil yang agak longgar,” katanya.
No comments:
Post a Comment