Sama ada disedari atau tidak pengagihan e-Book oleh Kerajaan Terengganu kepada murid sekolah bukan sahaja dinikmati oleh murid negeri ini malah ia turut dirasai sama oleh mereka yang tinggal di Negeri Kelantan.
Kemudahan yang disediakan kerajaan negeri sebenar turut mendapat menfaat kepada keluarga yang tinggal di sempadan Kelantan/Terengganu apabila mereka menghantar anak bersekolah di negeri ini.
Sekurang-kurangnya lima sekolah di sempadan negeri berkenaan mempunyai murid yang keluarga mereka tinggal negeri itu tetapi menghantar anak mereka ke sokolah berhampiran yang kebetulan berada di Terengganu.
Antara sekolah yang berada di sempadan dan mempunyai murid dari negeri itu ialah Sekolah Kebangsaan Tok Motong, SK Air Terjun, SK Kampung Baru, SK Alor Peroi dan SK Tok Saboh.
Selain murid dari Kelantan, turut mendapat faedah daripada pengagihan e-book, ialah ramai juga penyokong Pas dari negeri bersempadan menerimanya setiap kali program diadakan.
Perkembangan itu, menyebabkan ramai mereka yang tinggal di sempadan kini lebih berminat untuk menghantar anak ke sekolah negeri ini kerana mendapat pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ibu bapa yang tinggal di kawasan sempadan bagaimanapun memuji usaha yan g dilakukan Kerajaan Terengganu kerana menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat tanpa memilih faham politik masing-masing.
Seorang bapa,Daud Abdullah,51, dari Kampung Pacakan,Kuala Besut berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri ini kerana menyediakan bantuan berkenaan.
“Walaupun saya tinggal di Kelantan tetapi kerana menghantar anak bersekolah di Kuala Besut, kami juga turut menikmati kemudahan yang disediakan,” katanya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment