Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua anggota Barisan Nasional (BN) agar merapatkan kerjasama dan menghentikan pertikaian.
“Kita mesti bersedia dan persediaan kita mestilah merangkumi semua aspek tetapi yang lebih penting lagi ialah kita mestilah tidak mencetuskan masalah,” katanya pada majlis penerangan perdana Wilayah Persekutuan anjuran BN Wilayah.
Najib memberi contoh bagaimana ahli-ahli parti yang bercakaran telah didapati saling tidak bantu membantu melakukan kerja-kerja parti malah mensabotaj kempen pilihan raya termasuklah yang terbaru pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.
“Saya tahu semua ini kerana saya sendiri telah berkecimpung selama 35 tahun dalam politik. Saya sendiri telah melalui pelbagai pengalaman dan insiden,” katanya kepada anggota-anggota BN yang memenuhi ruang Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.
No comments:
Post a Comment