Monday, October 10, 2011

Tahniah Untuk Wan Ahmad Nizam, Datuk Rosli Mat Hassan

Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Terengganu, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’, Sempena Sambutan Hari Keputeraan Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke 73, kelmarin.

Datuk Wan Ahmad Nizam adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Air Putih, Kemaman.

Beliau yang kini merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Terengganu.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan turut menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk Wira.

Teganukita

No comments:

Post a Comment