Thursday, October 20, 2011

Pemberita Sambilan Bernama Rugi RM6,000, Rumah Dipecah Masuk

Seorang pemberita sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, rugi kira-kira RM6,000 apabila kediamannya di Jalan Taman Teratur, Besut, dipecah masuk Rabu.

Nordin Mahadi berkata kejadian disedari isterinya kira-kira 3 petang, selepas pulang dari mengajar di sebuah sekolah berhampiran rumahnya.

"Sebaik isteri, Mashitah Hasan, habis mengajar dan pulang ke rumah, dia melihat pintu utama rumah diumpil dan rumah berselerak digeledah," katanya ketika dihubungi di sini.

Kejadian dipercayai berlaku sebelah pagi dan antara barang yang didapati hilang ialah komputer riba, telefon bimbit dan barang kemas, katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Besut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K\. Manoharan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

No comments:

Post a Comment