Skuad Penyu menjalani latihan gigih untuk berdepan finalis tiga kali - Negeri Sembilan - di Stadium Shah Alam.
Berdasarkan rekod, Negeri Sembilan boleh mendabik dada di Shah Alam Sabtu ini.
Kenapa?
Mereka adalah finalis tiga kali berturut-turut Piala Malaysia selepas dikecewakan The Red Warriors musim lalu biarpun mengecewa kan pasukan yang sama pada perlawanan akhir 2009.
Maknanya, juara Piala Malaysia Negeri Sembilan masih panas iaitu terakhir pada 2009 sedangkan Terengganu menjadi juara 10 tahun lalu.
Selain itu, kemenangan kemenangan tipis 1-0 ke atas Terengganu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada peringkat kumpulan masih segar dalam ingatan penyokong fanatik Hoben Jang Hoben.
Kedua-duanya kemudian seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu selepas itu.
Pengendali Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah walaupun dilihat sedikit tertekan kerana mahu menjamin pasukannya menang kali ini namun faktor final kali ketiga berturut-turut memberikan kelebihan keyakinan kepada pemain-pemainnya.
Pastinya perancangan dudah dibuat untuk menyekat Manaf Mamat (gambar kanan), Ashaari Shamsuddin dan Abdul Hadi Yahya yang tandus dengan jaringan pada kempen Piala Malaysia sejauh ini.
Kapten pasukan Negeri Sembilan, Muhamad Shukor Adan sudah bertekad tidak mahu kempunan lagi, sebaliknya menanam tekad untuk membawa semula piala berprestij itu ke negeri beradat.
Kata Shukor, selepas tiga kali berturut-turut bermain di pentas akhir Piala Malaysia, sudah pastinya mereka lebih senang digelar pasukan underdog untuk bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.
Jelas Shukor, Negeri Sembilan dengan Terengganu dilihat memiliki keseimbangan yang sama biarpun lawan nampak garang apabila berjaya membenam Selangor dan Kelantan.
Sayap lincah Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah (gambar kanan) pula memberi ingatan, Terengganu jangan riak.
Pemain kelahiran Kajang yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kecik’ itu menegaskan Terengganu harus ‘melangkah mayat dia dan rakan-rakannya’ terlebih dulu andai mahu menjulang piala keagungan itu.
“Mungkin Terengganu berbangga dapat menumbangkan juara bertahan, Kelantan dan pasukan gergasi, Selangor dalam laluan ke final, tetapi kami tidak akan menjadi ‘mangsa ketiga’ mereka,” katanya sejurus latihan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, semalam.
Shahurain juga merobek gawang Kelantan pada final tahun lalu tetapi gagal membantu skuad Hoben yang tunduk 2-1, menegaskan beliau tidak kisah siapa yang menjaringkan gol kerana yang penting ialah Negeri Sembilan menang.
Apapun, Negeri Sembilan ridak wajar memperkecilkan keupayaan dan kesungguhan Sang Penyu yang menempah slot ke peringkat akhir.
Anak-anak buah Irfan Bakti dilihat telah menempuh segala bentuk dugaan apabila berjaya menewaskan dua pasukan elit, Kelantan dan Selangor di peringkat suku akhir dan separuh akhir sebelum ini.
Jika itu dijadikan ukuran, impian Sang Penyu menamatkan kemarau menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi mereka sedekad lalu juga dilihat lebih cerah.
Faktanya?
Sang Rusa dilihat belum diuji sepenuhnya apabila sekadar menewaskan dua pasukan berstatus kelab, Felda United dan T-Team dalam perjalanan ke perlawanan akhir musim ini.
Kita tunggu siapa jaguh sebenar antara Penyu dan Rusa Sabtu ini!
Sumber - Kosmo!, Berita Harian & Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment