Tuesday, October 25, 2011

Rusa, Penyu 'bertemu jodoh' di Shah Alam Sabtu Ini

Semua sudah mengetahui betapa Stadium Shah Alam bakal menerima ‘tetamu istimewa’ yang diundang ke pentas final kempen Piala Malaysia edisi ke-90, iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu pada Sabtu ini.

‘Rombongan merisik’ juga telah dihantar kedua-dua pasukan sebelum ini sebaik mengecewakan Selangor dan T- Team di peringkat separuh akhir Sabtu lalu.

Ternyata, ‘jodoh’ antara Sang Rusa dan Sang Penyu juga seakan-akan sudah tertulis lantaran kedua-dua pasukan juga beraksi dalam Kumpulan B pada saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Sekiranya tewas Sabtu ini, Terengganu masih boleh menebus kekecewaan dan kembali membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan bagi aksi Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) tahun depan lantaran meme- gang status selaku juara Piala FA musim ini.

Namun jika menang, aksi Piala Sumbangsih pastinya lebih mendebarkan apabila Terengganu bakal berdepan juara Liga Super musim ini, Kelantan – pasukan yang ditundukkan mereka dengan agregat 5-3 pada saingan suku akhir yang lalu.

Pada masa sama, pengendali Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah juga sudah tentu tidak mahu duduk diam, tambahan pula final kali ini merupakan final kali ketiga berturut-turut selepas dikecewakan The Red Warriors musim lalu biarpun mengecewa kan pasukan yang sama pada perlawanan akhir 2009.

Kredibiliti Azraai yang berjaya membantu Kedah muncul juara Piala Malaysia dua kali berturut-turut sejak 2007 juga mungkin menerbitkan rasa resah di hati Irfan yang pastinya rancak memikirkan formula terbaik bagi memastikan tahun ini merupakan tahun paling gemilang buat gergasi Pantai Timur itu.

Malah, tidak mustahil Azraai kini disayangi peminat Hoben Jang Hoben lantaran sikapnya yang sering menghargai penonton semasa menerajui Kedah sebelum ini diteruskan, dan ia dapat dilihat dalam aksi separuh akhir sebelum ini apabila kesemua pemain Negeri Sembilan dilihat menuju ke arah tempat duduk penonton sebagai tanda terima kasih.

Dalam aksi separuh akhir Sabtu lalu, Sang Penyu meneruskan kemaraan sebaik mengecewakan juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor dengan agregat 4-1 menerusi kemenangan bergaya 2-1 di tempat sendiri.

Terengganu menang hasil jaringan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Samsuddin pada minit ke-17 dan 72, manakala gol sagu hati Selangor dijaringkan oleh Safiq Rahim dua minit sebelum tamat perlawanan.

Kosmo!

No comments:

Post a Comment