Ketiga-tiga tertuduh, iaitu Mohd Farid Andy Alaudin, 19, Mohd Helmi

Tertuduh, Mohd Farid didakwa merogol mangsa, 13, sebanyak dua kali iaitu pada 12.30 malam di sebuah rumah kosong di Kampung Alor Mak Bah, Dungun dan di tandas sebuah rumah di Rantau Abang, Dungun pada 2 pagi, pada 7 Oktober lalu.
Dengan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Bagi tertuduh, Mohd Helmi, dia didakwa merogol mangsa di rumah kosong di Kampung Alor Mak Bah, Dungun jam 12.35 malam hingga 12.45 malam, juga pada hari sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Manakala, tertuduh, Muhamad Azizie pula, dia didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa di rumah dan hari sama kira-kira jam 4.35 pagi.
Dia didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.
No comments:
Post a Comment