Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Terengganu dan Negeri Sembilan kepada RM50 berbanding RM30 tahun lalu nyata meresahkan peminat bola sepak tempatan.
Justeru ada kalangan mereka mengambil kesempatan 'mengadu' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman sosial Facebook miliknya.
"Datuk Seri, saya nak mintak tolong ni... tiket bola sepak tempatan di mana perlawanan antara N. Sembilan vs Terengganu adalah RM50...Mahal ni... Datuk peminat bola... Kami pun peminat bola... Harap Datuk dapat memberi sedikit nasihat pada pihak berwajib agar dapat mempertimbangkan harga tiket... Kesian kami pencinta bola sepak tempatan," tulis peminat itu selepas satu jam berita harga tiket itu tersebar.
Selain itu, tinjauan di laman sosial mendapati ramai peminat merungut pemilihan Stadium Shah Alam sebagai venue akhir kerana tidak mempunyai jaringan pengangkutan awam sempurna.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin hari ini mengumumkan harga tiket perlawanan akhir bagi semua tempat duduk adalah RM50.
Tahun lalu, tiket final Piala Malaysia dijual pada harga RM30 untuk tempat terbuka manakala RM50 untuk tempat duduk utama dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Utusan Malaysia
Utusan
No comments:
Post a Comment