Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini atas tiga pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 13 tahun.
Mohd Zubir Muda, 60, didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Murni Permai Tok Jembal dan Jalan Kem, Taman Perumahan Seberang Takir antara 10.30 pagi hingga 3 petang pada 6 Jun 2010, Mac 2011 dan 4 September lepas.
Tertuduh, yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi dan pemandu yang bertanggungjawab menghantar mangsa ke sekolah, didakwa mengikut Seksyen376(2)(d) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun danboleh dikenakan sebatan.
Bagaimanapun, Mohd Zubir terlepas hukuman sebatan atas faktor usia.
Dia turut didakwa melakukan seks luar tabii dengan mangsa yang cacat penglihatan pada 10.30 pagi, 6 Jun tahun lepas di sebuah rumah di Taman Murni Permai, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Mohd Zubir juga berdepan dua pertuduhan mencabul kehormatan mangsa yang sama pada 3 petang dan 12 tengah hari dalam bulan Mac dan 4 September lepas di Jalan Kem, Taman Perumahan Seberang Takir mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yangmembawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, atau denda, atau dengan sebatan, jikasabit kesalahan.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menetapkan 21 November depan untuk sebutansemula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorangpenjamin bagi setiap pertuduhan.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Hakim Zainal Abidin menasihati Mohd Zubir agar melantik peguam kerana dia bakal berdepan hukuman penjara maksimum 110 tahun, jika disabitkan kesalahan, serta mengarahkan tertuduh melapor diri di Balai Polis Gong Badak setiap bulan.
Selain tidak dibenarkan berada di luar daerah Kuala Terengganu tanpa kebenaran mahkamah, tertuduh dan warisnya dilarang mengganggu mangsa serta keluarganya.
No comments:
Post a Comment