Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman sebelum mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-113 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.
Hari ini dan esok Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berada di Kuala Lumpur.Hari ini beliau menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri kali ke-113 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 10 pagi itu dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan dihadiri Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Antara yang hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Selain itu turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob; dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dan beberapa Menteri Kabinet.
Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan isu berbangkit.
Menteri Besar juga dijadual mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kuala Lumpur jam 2 petang sebentar nanti.
No comments:
Post a Comment